Fb ads

Setelah lebih sebulan dalam keadaan “pause”, aku start buat fb ads. Both FES STUDIO dan Saffa TV.

Berbekalkan apa yang aku belajar, aku try apply. Cumanya aku agak stress gak kalau kot-kot takde orang yang pm. Minda aku bekecamuk sekarang. Dulunya aku takut nak buat fb ads takut terlebih orang nak. Tapi skang aku takut pulak takde orang nak.

Aku kena faham yang aku sekarang sedang buat branding sendiri, aku kena tau yang basically yang duit tu mungkin akan hilang macam tu, at least ko belajar something.

Ko kena fokus tang end result, ye memang ko nak buat sale, tapi end result ko ialah ko dapat buat sistem ko. Step by step sehingga ko berjaya dalam formulanya.

Jangan fokus kat masalah. Fokus kat mcamana nak selesaikan masalah.

Buatje!

Apa nak buat bila ekonomi down?

Aku selalu dengar masalah yang sama bila berborak dengan kawan2 bisnes. Sale kurang, margin sikit, gst, orang sekarang suka menyimpan dan lain2. Aku pun mengalami masalah yang sama, kerja lebih untuk untung lebih.

Kebiasaan dari kita nak lari terus dari bidang dan kerjaya bisnes. Dari jual tudung, nak buka pula restoran. Cara macam ni bukan sahaja merugikan, bahkan kita kena bermula semula dari bawah. Resources kita, kos dll semua kena buat balik. So, itu bukan cara bisnes yang sebenar.

Actually, kita kena lihat balik apa yang kita ada, bisnes kita dan networking kita semula. Kita bukan terkebelakangkan bisnes kita, tapi lihat view “tapak” kita dari atas.

Ini ialah diantara perkara yang boleh kita buat bila ekonomi tak menentu ni

1. Jaga hubungan networking dengan baik – just tunjukkan yg kita care (e.g. say hello)
2. Buat promosi mampu milik dan main volume – margin sikit tapi banyak
3. Tengok balik database – untuk repeat order
4. Servis tip top
5. Buat pelaburan (unit trust, ASB etc) – untuk masa depan
6. Join group referralĀ  – kita refer bisnes kawan2 kita dan sebaliknya

Buatje!

Nafsu vs Awareness

Aku nak beli rumah. Harga dia lebih kurang 2Mil. 3 tingkat, semi-d, fully furnished.

Besar impian aku nih. Aku dah imaging aku tinggal di dalam rumah itu. So cozy. Perabutnya, bilik mandinya, ruang tamu, taman kecil di tepi, ada tangga di luar, bilik kerja aku, wow, alangkah bestnya kalau aku dapat rumah macam tu. Infact, dah lebih 2x aku melawat rumah ini.

Best woo tinggal rumah besar, ada kolam renang, ada fitness room. Aku kena bayar lebih kurang RM9.5k sebulan, 30 tahun. Aku fikir, aku boleh bayar.

Dalam keadaan bernafsu mcam ni, nak tak nak aku perlu mempunyai tahap kesedaran yang sangat tinggi.

Perlu ke aku rumah yang macam ni?

Berapa lama pula aku akan duduk di dalam rumah ini? 10 tahun? 20 tahun?

Aku rasa bila aku sudah tua, aku tak larat nak naik tangga. Aku mungkin tinggal di dalam bilik kecil di tingkat bawah sekali. Lebih2 lagi, aku ada keturunan gout. Memang patut aku dok ground floor.

Bila difikirkan lagi, apakah rumah sebenar kita?

Rumah kita yang kita akan duduk sebentar nanti ialah di dalam kubur.

Terang tak ‘rumah’ kita ni? Cukup luas ke? Ada ke tontonan syurga kat dalamnya?

Kita mungkin tinggal lebih lama di dalam kubur berbanding tinggal di rumah kita di dunia, sementara menunggu kiamat.

Tu baru kubur, belum lagi bila kita bangun di padang masyar. Lagi lama nak kita beratur menunggu kita di soal siasat di mahkamah Allah.

Terlampau lama. Beribu2 tahun.

Bila difikirkan kiraan tempoh masa, dunia-akhirat, apalah sangat, sekelumit sangat dunia ni.

Itu pun perkara kecil ko nak bergaduh.

Ko cuma bersabar dan redha je. Buat amal soleh, berakhlak, keje sungguh2, bertawakkal, yang lain terserah kat Dia.

Tak payah nak marah2. Relax… embrace the challenge.

Walaupun, katakan suatu hari nanti aku dapat beli rumah ini, ataupun rumah sebesar istana negara kat jalan duta tu, itu tak dapat nak dicomparekan rumah ko kat syurga.

Allah bagi rumah yang pintu dia dari KL sampai Bangkok. Tu baru pintu, belum lagi rumah dia.

So, nampaknya, aku kena aware yang nafsu ingin memiliki rumah tu kena ditundukkan, sebab, rumah sebenar kat akhirat.

atau

ye, aku still lagi nak beli rumah, tapi rumah tu bukan aku duduk, aku wakafkan ke jemaah islam.

atau

aku bina masjid.

Cabaran terbesar orang beriman ialah bagaimana kita menundukkan nafsu dan pada masa yang sama bagaimana ko boleh bersabar dengan cabaran yang di hadapi kat dunia nih.

Buat je!

 

Networking dan production

Aku dah start buat networking. Yup, aku keluar jumpa orang, almost setiap hari.

Tapi, production aku slow, ada kerja2 editing tertangguh.

Bila aku edit waktu malam, masa dengan keluarga kurang, masa untuk aku membaca buku, masa untuk aku buat produk digital. Malahan, update profile pun kurang.

Aku kena buat sesuatu.

Aku kena bg budak buat keje edit.

Aku kena trust kat dia.

Aku kena train dia dulu. Dia kena follow SOP aku.

Aku kena buat SOP aku jugak. Make sure semua berjalan dengan lancar.

Apa matlamat aku? Aku nak FES STUDIO success, aku nak Saffa TV pun success.

Bagaimana?

Make sure semua ikut SOP. Make sure last sekali semua automation. Done!

Matlamat akhir, aku kena tau pasal bisnes line. Aku nak jadi consultant dalam bisnes. Aku nak tau semua!

Orang nak trade kat luar negara – yup, aku boleh tolong.

Orang tengah cari fund – yup, aku ada link.

Orang tak tau pasal branding – yup, aku boleh kasi tips.

Aku tak perlu tau semua teknikal. Yang aku perlu tau ialah bagaimana aku boleh tolong usahawan lain.

Buat jer!

Buat balik FES STUDIO

Nampaknya, aku kena pusing balik tujuan aku untuk buat balik FES STUDIO, which yang sebelum ni aku nak fokus kat Saffa TV.

Sebab apa?

Aku dah ada something melalui FES STUDIO. Aset yang baik (budak fotog/video/editor), liked yang banyak dan banyak jugak view.

Tapi,

Aku kena betulkan balik SOP.
SOP aku dgn aset
SOP aset dgn aku
SOP aku dgn clients
SOP client dgn aku
SOP aku dgn editor
SOP servicing
etc

SOP ni sangat penting. Kita nak jaga budak2, dan kita juga kena jaga customer, kita juga nak jaga kualiti produk/servis kita.

Katakan customer tak bayar, tu effect semua department. So aku bertanggungjawab mendapatkan payment dari client – itu SOP aku dgn client.

Macam tu dgn budak2. Diorg kena deliver terbaik untuk sesuatu job. Gambar ni kena shoot, gambar tu wajib. Diorg tak boleh fikir nak dapatkan duit je minggu tu. Rapport kena bagus, friendly, senyum – itu SOP aku untuk aset aku.

SOP utk aku pulak? – Payment kena cepat, outstation kena bayar, hubungan ko dgn budak2 kena baik. Ada masalah cakaaapp.

Apa jua bentuk hubungan atau servis, kena jaga oo… customer dan aset ko.

Kalau ada problem, diorg slow talk dgn management kira ok lah. Tapi bila diorg start bising dalam media sosial, ditambah pulak dgn kaki suka tambah lauk ni, bisnes boleh lingkup oo…

Apa jua bisnes kena ada trust from customer.

Apa jua bisnes kena ada leader yang boleh tarik aset sama2 naik.

Aku maksudkan LEADER yek, bukannya seorang BOSS yang kerjanya menyalahkan orang bawahan ko.

Bukan senang nak buat bisnes… Nak pulak semuanya sekarang semua orang nak buat bisnes kaann… lepas setahun dua, senyap…

Tu tak termasuk orang yang suka mengambil kesempatan. Ramai jugak org yang jenis dia macam ni. Kita panggil, “blood suckerrr”.

Itu semua challenges yang aku kena hadapi, tak dikatakan bisnes kalo takde cabaran.

Buatje!

 

 

 

Subconcious Mind

Oleh sebab semua perkara macam tak kena, aku kena restart balik subconscious mind aku.

Aku kena tolak ketepi takut, nak marah, malas, penat, bodoh; perkara2 yang boleh sabotaj diri aku ni kepada perkara yang positif.

Aku boleh
Aku akan berjaya
Aku tak kedekut
Aku rasa fullfill
Aku yakin
Aku rasa selesa
Aku tenang
Aku fokus

Affirmation ini sangat penting. Selagi hati kita berbolak balik, selagi tu ko tak tetap, dan ko akan buang banyak masa memikirkan perkara yang tak penting.

Ko kena tetapkan balik objektif bulan ni, short term dan long term planning.

Apa yang ko impikan?

April 2017

Dah April 2017 dah.

Akhir bulan Mac (minggu lepas) aku demam teruk. Akibat dari demam tu, aku rasa malasss sangat.

Aku malas bukannya apa, aku macam tak bersemangat nak start keje. Even, aku malas jugak nak buka wasap, tengok internet… aku banyak berfikir.

Benda yang sama berlaku, setiap hari. Aku mengadap masalah yang sama, aku buat perkara yang sama, aku berfikir perkara yang sama.

Aku kena muhasabah diri balik, feed balik jiwa ini dengan makanan rohani… enjoy balik, take challenge, love, passion

Awareness

Dulu aku ada satu sikap di mana aku nak buat semua benda sekali gus, hingga menyebabkan aku tak fokus. Dan last sekali aku tak buat.

Sikap ini aku tak suka, so aku build diri aku untuk fokus sesuatu perkara dan cuba siapkan sehingga selesai dan kemudian seterusnya. Alhamdulillah, walaupun tak perfect, tetapi disiplin tu ada.

Tetapi ada masanya ko bergantung kepada satu perkara contohnya fikir nak buat duit gila2 sehingga ko lupa tentang perkara yang lebih penting, iaitu life balance.

Ko kurang jaga kesihatan, tidur tak sempurna, famili, sosial dan paling ko kurang jaga ialah hubungan ko dengan Allah.

Mungkin itu sebab tuhan tak bagi ko tak “nampak” lagi. Tak pun, memang dia bagi ko nampak, cuma ko tak perasan.

Dalam hal ni, awareness pada diri seseorang sangat penting.

Sebab, ko kena realize yang dunia ni sementara. Ko kena realize yang semuanya matters untuk berjaya. Ko kena realize yang bukan mudah nak berjaya, tetapi it is do able.

Kita tak boleh belajar semua matters sekali gus. Jem kepala otak.

Mungkin kita boleh start dengan belajar berkomunikasi dengan baik (yep, memang kita dah belajar sejak kita mula bercakap), public speaking ke, interview ke.

Ko nak berjaya ni. Tapi ko tak belajar pun tentang nak amik hati orang. Main hentam bila bercakap.

Kita bukannya nak jadi perfect. Tidak.

Kita nak berjaya dengan apa yang kita buat, dan kejayaan itu melibat awareness. Semua sekali.

Awareness ini pulak melibatkan masa. Ko tak boleh master dia semalaman.

Ko kena train diri ko bermula dari sekarang. Bermula dengan soalan, apa benda sebenarnya yang berlaku sekarang ini? Apa yang perlu aku buat.

Buat je!

 

 

Hari ini Saffa TV 1000 likes

Aku dah dapatkan 1000 likes hari ini, dan aku akan stop buat fb ads like. Ada aku terdengar yang buat fb ads like tak sesuai dah sekarang ni kecuali untuk dptkan impression je. Yup, jawapan dia ialah ya!

Next, aku tengah mencari landing page template yg sesuai untuk videobrandpower.net
kemudian siapkan skrip video dan shoot promo Saffa TV
kemudian video testimoni Elka Elza
kemudian video info promo Saffa TV
kemudian fbads untuk branding awareness – dalam total RM1,000 sebulan maybe?

Aku akan masukkan juga video2 Elka dan Elza yg tak jadi dan video Borakay.

Marketing dan video branding awareness kena seiring.

Buat je!